You are here: Berita Terkini Majlis Konvokesyen OUM Ke 9
 
 

Majlis Konvokesyen OUM Ke 9

E-mail Print PDF

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya. Pihak OUM dengan sukacitanya menjemput anda untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Ke 9 (MK9) yang akan diadakan mulai Sabtu, 20 November 2010 hingga Selasa, 23 November 2010 di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.


Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda hanya layak hadir ke MK9 sekiranya:-

 

  • Menyempurnakan segala syarat-syarat pengijazahan.
  • Tiada bayaran/yuran tertunggak (Sila jelaskan tunggakan sebelum 5 November 2010, sekiranya ada).
  • Memulangkan semua buku yang telah dipinjam.
  • Membayar Yuran Konvokesyen.



PERINGATAN KEPADA BAKAL GRADUAN KPM
Kepada bakal graduan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang masih belum menghantar dokumen Perjanjian Pinjaman Pelajaran KPM, dikehendaki berbuat demikian kepada Bahagian Kewangan OUM sebelum tarikh konvokesyen. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan skrol dan transkrip ditahan.

 
 
 
 

Powered by:

Laman Web Portal OUMStudent ini ditaja dan dijana sepenuhnya oleh MCdN. Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi kami di:

  • Tel: (+6013) 8843017
  • Tel: (+6016) 8185432
  • Fax: (+6088) 763017
  • Email: info@my-coins.net
  • Website: www.my-coins.net
JoomlaWatch 1.2.12 - Joomla Monitor and Live Stats by Matej Koval