Salam sejahtera,
Pihak OUMStudent banyak menerima pertanyaan melalui email mengenai kemasukan, pendaftaran, yuran kemasukan, jadual kuliah, etc.. di OUM terutamanya di Sabah. Untuk makluman pihak tuan/puan, laman portal OUMStudent ini bukanlah laman portal rasmi Open University Malaysia (OUM). Laman Portal OUMStudent ini dibangunkan oleh para bekas pelajar OUM yang bertujuan untuk menolong para pelajar junior untuk memuatturun nota2 yang diperlukan.
Laman Portal OUMStudent ini bertindak sebagai one stop centre untuk memuatturun nota2 dan segala nota2 yang terdapat di dalam laman portal ini adalah percuma! :)
Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang kemusykilan/pertanyaan mengenai OUM, silalah berhubung terus dengan pihak OUM atau lawati laman portal OUM di www.oum.edu.my.
Pihak OUMStudent juga berharap agar para pelajar mahupun bekas pelajar yang mempunyai nota2 yang belum terdapat di dalam laman portal ini agar dapat memuatnaik nota2 tersebut untuk kesenangan para pelajar junior kita. (Jangan kedekut ilmu ya! ;)
Sekian, harap maklum!




